Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA solat jemaah BERJAYA MENCAPAI 320 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI SAHIH MUSLIM SUNAN AT-TERMIZI

161  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 0869.
Abu 'Ammar dan 'Ali bin Khasyram menceritakan kepada kami di mana keduanya berkata: "Sufyan bin 'Uyainah memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Az-Zubair dari 'Abdullah bin Babah dari Jubair dari Muth'im "bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: "Wahai Bani 'Abdi Manaf, janganlah kamu melarang seseorang yang tawaf dan solat di Baitullah ini bila saja ia menghendaki baik malam mahupun siang hari." Di dalam bab ini terdapat hadis dari Ibnu 'Abbas dan Abu Dzarr. Abu 'Isa berkata: "Hadis Jubair bin Muth'im ini adalah hadis hasan sahih. Hadis ini diriwayatkan pula oleh 'Abdullah bin Abi Najih dari 'Abdullah bin Babah. Para ulama' berbeza pendapat mengenai solat sesudah 'Asar dan Subuh di Mekah. Sebahagian ulama' berpendapat bahawa tidak ada masalah untuk mengerjakan solat dan tawaf sesudah 'Asar dan Subuh. Demikianlah pendapat Asy-Syafi'i, Ahmad dan Ishaq. Mereka berhujah dengan hadis Nabi s.a.w. tersebut. Sebahagian ulama' yang lain berpendapat bahawa apabila seseorang mengerjakan tawaf sesudah 'Asar maka ia tidak boleh solat sampai matahari terbenam. Demikian pula apabila ia mengerjakan tawaf sesudah Subuh maka ia tidak boleh solat sampai matahari terbit. Mereka berhujah dengan hadis 'Umar bahawasanya ia mengerjakan tawaf sesudah solat Subuh dan tidak mengerjakan solat lagi. Ia keluar dari Mekah hingga ia berhenti di Dzu Thuwa kemudian ia mengerjakan solat sesudah matahari terbit. Demikianlah pendapat Sufyan Ats-Tsauri dan Malik bin Anas."

162  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0358.
Qutaibah menceritakan kepada kami, Al Laits memberitahukan kepada kami dari Ibnu Syihab dari Anas bin Malik berkata: "Rasulullah saw jatuh dari kuda lalu terkoyak kulitnya kemudian beliau solat dengan kami dan duduk lalu kami solat beserta beliau dengan duduk kemudian akan pulang lalu bersabda: "Sesungguhnya imam - atau beliau bersabda -sesungguhnya dijadikan imam itu untuk diikuti apabila dia takbir maka takbirlah dan apabila di rukuk maka rukuklah dan apabila mengangkat maka angkatlah dan apabila mengucapkan sami' Allahu liman hamidah (semoga Allah mendengar orang yang memujiNya). Maka ucapkanlah: Rabbana wa lakal hamdu (Wahai Tuhan kami, bagiMu-lah segala janji). Dan apabila sujud maka sujudlah dan apabila solat dengan duduk maka solatlah dengan duduk semuanya". Dalam bab ini terdapat hadis dari Aisyah, Abu Hurairah, Jabir, Ibnu Umar dan Muawwiyah. Abu Isa berkata: "Hadis Anas bahawa Rasulullah saw jatuh dari kuda lalu terkoyak kulitnya adalah hadis hasan sahih." Sebahagian para ahli ilmu benar-benar berpegang dengan hadis ini di antara mereka adalah Jabir bin Abdillah, Usaid bin Hudhair, Abu Hurairah dan lain-lainnya dan hadis ini dipakai dasar oleh Nahmad dan Ishaq. Sebahagian ahli ilmu berkata: "Apabila imam solat dengan duduk maka orang yang dibelakangnya tidak boleh solat kecuali dengan berdiri, kalau mereka solat dengan duduk maka tidak sah solat mereka, ia adalah pendapat Sufyan Ats Tsauri, Malik bin Anas, Ibnu Mubarak dan Asy Syafi'i.

163  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0594.
Muhammad bin Basysyar menceritakan kepada kami, 'Abdur Rahman bin Mahdi memberitahukan kepada kami, Syu'bah memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Ya'la bin 'Atha' dari 'Ali AlAzdi dari Ibnu 'Umar dari Nabi s.a.w. dimawna ia berkata: "solat (sunat) pada waktu malam dan siang itu dua rakaat dua rakaat. Abu 'Isa berkata: "Teman-teman Syu'bah berbeza pendapat tentang hadis Ibnu 'Umar ini, sebahagian ada yang merafa'kan dan sebahagian ada yang mewaqafkannya." Diriwayatkan dari 'Abdullah Al-'Umari dari Nafi' dari Ibnu 'Umar dari Nabi s.a.w. seperti hadis tersebut. Yang sahih yaitu hadis yang diriwayatkan dari Ibnu 'Umar dari Nabi s.a.w. bahawasanya beliau bersabda: "solat malam itu dua rakaat dua rakaat." Beberapa orang yang dapat dipercaya meriwayatkan dari 'Abdullah bin 'Umar dari Nabi s.a.w. dan mereka tidak menyebutkan "solat siang" dalam hadis itu. Diriwayatkan dari 'Ubaidillah dari Nafi' dari Ibnu 'Umar bahawasanya ia mengerjakan solat dua rakaat dua rakaat pada waktu malam, dan empat rakaat pada siang hari. Pada ulamak berbeza pendapat dalam masalah ini. Sebahagian di antara mereka berpendapat bahawa solat malam itu dua rakaat dua rakaat; begitulah pendapat Asy-Syafi'i dan Ahmad. Sebahagian yang lain berpendapat bahawa solat malam itu dua rakaat dua rakaat, dan mereka berpendapat bahawa solat sunat pada siang hari itu empat rakaat seperti empat rakaat sebelum zuhur dan solat sunat yang lain. Demikianlah pendapat Sufyan Ats-Tsauri, Ibnul Mubarak dan Ishaq.

164  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1917.
Dari Sahal bin Saad As Saidi r.a.katanya: Terjadi pertempuran di kalangan Bani Amru, dan hal itu sampai kepada Nabi saw. Selesai solat Zohor, beliau datang kepada mereka untuk mendamaikan. Setelah tiba waktu solat Asar. Bilal azan dan qamat dan disuruhnya Abu Bakar (menjadi Imam), lalu dia kemuka. Kemudian datang Nabi saw. ketika Abu Bakar sedang solat. Nabi lalu di antara orang banyak, sehingga berdiri di belakang Abu Bakar, di barisan belakangnya. Lalu orang banyak bertepuk tangan. Abu Bakar biasanya apabila telah mulai solat, dia tidak menoleh sampai solat selesai. Setelah didengarnya orang bertepuk, dia terpaksa menoleh dan dilihatnya Nabi saw. berdiri di belakangnya. Diisyaratkan oleh Nabi saw. kepada Abu Bakar, supaya terus. Diisyaratkan beliau dengan tangannya begini. Abu Bakar memuji Allah, kerana isyarat Nabi. Kemudian dia undur ke belakang. Setelah Nabi saw. melihat hal itu, beliau maju ke muka dan menjadi Imam bagi orang banyak. Setelah selesai mengerjakan solat, beliau berkata: "Hai Abu Bakar! Mengapa ketika aku isyaratkan kepada engkau supaya terus, tidak engkau teruskan?" Jawab Abu Bakar: "Tidak pantas anak Abu Quhafah (Abu Bakar) menjadi Imam bagi Nabi saw." Nabi bersabda kepada orang banyak: "Apabila ada suatu hal (berkenaan dengan solat), hendaklah kaum laki-laki tasbih (mengucapkan subhanallah) dan kaum perempuan bertepuk."

165  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0359.
Muhammad bin Ghailan menceritakan kepada kami, Syababah memberitahukan kepada kami dari Syu'bah dari Nu'aim bin Abi Hindun dari Abi Wail dari Masruq dari Aisyah berkata: "Rasulullah saw melakukan solat dibelakang Abu Bakar dengan duduk pada waktu sakitnya yang menyebabkan beliau wafat." Abu Isa berkata: "Hadis Aisyah adalah hasan sahih gharib." Benar-benar diriwayatkan dari Aisyah dari Rasulullah saw bahawa beliau bersabda: "Apabila imam solat dengan duduk, maka solatlah dengan duduk." Dan diriwayatkan dari Aisyah bahawa Rasulullah saw keluar pada waktu sakitnya sedang Abu Bakar solat dengan manusia lalu beliau solat di samping Abu Bakar dan manusia bermakmum dengan Rasulullah saw. Dan diriwayatkan dari Aisyah bahawa Rasulullah saw melakukan solat dibelakang Abu Bakar dengan duduk. Dan diriwayatkan dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah saw melakukan solat di belakang Abu Bakar sedang beliau duduk.

166  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0157.
Qutaibah menceritakan kepada kami, Al Laits menceritakan kepada kami dari Ibnu Syihab dari Sa'id Ibnul Musayyab dan Abu Salamah dari Abu Hurairah berkata: "Rasulullah saw bersabda: "Apabila sangat panas maka tunggulah agak dingin dalam melaksanakan solat kerana sangat panas itu dari panasnya jahanam. Ia berkata: "Di dalam bab ini terdapat hadis dari Abu Sa'id Abu Dzarr, Ibnu Umar, Al Mughirah, Qasim bin Shafwan dari ayahnya, Abu Musa, Ibnu Abbas dan Anas". Ia berkata: "Ia meriwayatkan dari Umar dari Nabi saw mengenai ini dan tidak sah." Abu Isa berkata: "Hadis Abu Hurairah adalah hadis hasan sahih." Suatu kaum dari ahli ilmu memilih untuk mengakhirkan solat zuhur dalam keadaan sangat panas. Itu pendapat Ibnul Mubarak, Ahmad, dan Ishaq. Asy Syafi'i berkata: "Menunggu dingin solat Zuhur itu apabila penghuni masjid tertimpa panas kerana jauh. Adapun mushalla sendiri dan orang yang solat di masjid kaumnya maka yang saya sukai baginya untuk tidak mengakhirkan solat dalam sangat panas. Abu Isa berkata: "Pengertian orang yang berpendapat untuk mengakhirkan solat zuhur kerana sangat panas adalah lebih utama dan lebih sesuai untuk diikuti. Adapun pendapat yang dipegangi oleh Asy Syafi'i bahawasanya Rukhshah (keringanan) bagi orang yang tertimpa (panas) kerana jauh dan kerana kesulitan atas manusia kerana di dalam hadis Abu Dzarr terdapat sesuatu yang menunjukkan perbezaan apa yang dikatakan Asy Syafi'i. Abu Dzarr berkata: "Kami bersama Nabi saw dalam perjalanan lalu bilal azan untuk solat Zuhur maka Nabi saw bersabda: "Hal Bilal tunggulah sampai dingin." Seandainya urusan itu menurut apa yang menjadi pendapat Asy Syafi'i maka pada waktu itu tidak ada ertinya untuk menunggu dulu kerana mereka berkumpul dalam perjalanan dan mereka tidak butuh untuk tertimpa panas kerana jauh."

167  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0238.
Sufyan bin Waki' menceritakan kepda kami, Muhammad bin Fudhail menceritakan kepada kami dari Abu Sufyan Tharif As-Sa'di dari Abu Nadhrah dari Abu Sa'id dimana ia berkata: "Rasulullah saw bersabda: "Kunci solat adalah bersuci, yang mengharamkannya (haram melakukan ucapan dan perbuatan selain yang berkaitan dengan solat) adalah ucapan salam. Tidak sah solat bagi orang yang tidak membaca Al Hamd (Al Fatihah) dan surah (dari Al Qur'an), baik dalam solat fardhu atau yang lain." Dalam bab ini ada hadis dari 'Ali dan 'Aisyah. Hadis 'Ali bin Abu Thalib itu lebih baik sanadnya dan lebih sahih daripada hadis Abu Sa'id. Kami telah menulisnya pada permulaan bab wudhuk. Pengamalan terhadap hadis ini disepakati oleh para ulama' dari kalangan sahabat Nabi saw dan yang sesudah mereka. Dalam masalah ini, Sufyan Ats-Tsauri, Ibnul Mubarak, Asy-Syafi'i, Ahmad dan Ishaq berkata: "Sesungguhnya yang mengharamkan solat itu adalah takbir, dan seseorang tidak masuk dalam solat keculai dengan takbir." Abu 'Isa berkata: "Saya mendengar Abu Bakr Muhammad bin Aban berkata: "Saya mendengar 'Abdur Rahman bin Mahdi berkata: "Seandainya seseorang memulai solat dengan 99 nama dari nama-nama Allah ta'ala tetapi ia tidak bertakbir, maka hal itu tidak cukup (tidak sah) baginya. Apabila seseorang berhadas sebelum mengucapkan salam, mak saya akan menyuruhnya untuk berwuduk kemudian ia kembali ke tempatnya semula dan mengucapkan salam. Masalah ini hanya menurut wajahnya saja (maksudnya, ini hanya satu pendapat saja)." Nama Abu Nadhrah adalah Mundzir bin Malik bin Qutha'ah.

168  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0387.
Qutaibah menceritakan kepada kami, Al Laits memberitahukan kepada kami, dari Abdur Rahman Al A'raj dari Abdillah bin Buhainah Al Asadi orang yang ada perjanjian dengan Bani Abdil Muththalib bahawa Rasulullah saw berdiri di waktu solat Zohor padahal seharusnya beliau duduk lalu ketika beliau menyelesaikan solatnya, maka beliau bersujud dua kali sujud sahwi, beliau bertakbir pada setiap sujud dengan duduk sebelum mengucapkan salam dan manusia ikut bersujud dua kali sujud sahwi bersama beliau sebagai pengganti duduk yang beliau lupa. Dalam bab ini terdapat hadis dari Abdur Rahman bin Auf. Muhammad bin Basysyar menceritakan kepada kami, Abdul 'Ala dan Abu Dawud memberitahukan kepada kami mereka berkata: "Hisyam memberitahukan kepada kami dari Yahya bin Abi Katsir dari Muhammad bin Ibrahim bahawa Abu Hurairah dan Said Al-Qari bersujud dua kali sujud sahwi sebelum salam." Abu Isa berkata: "Hadis Ibnu Buhainah adalah hasan. Dan hadis ini diamalkan menurut sebahagian para ahli ilmu dan ini adalah pendapat Asyafi'i dan dia berpendapat bahawa sujud sahwi semuanya sebelum salam dan dia berkata: "Hadis ini menasakh (menghapuskan) hadis-hadis lainnya." Dan dia menjelaskan bahawa akhir perbuatan Rasulullah saw seperti ini. Ahmad bin Ishaq berkata: "Apabila seseorang berdiri setelah dua rakaat (tanpa tasyahhud) maka dia bersujud dua kali sujud sahwi sebelum salam berdasarkan hadis Ibnu Buhainah. Abdullah bin Buhainah adalah Abdullah bin Malik bin Buhainah. Malik adalah ayahnya adapun Buhainah adalah ibunya. Demikianlah Ishaq bin Manshur memberitahukan kepada ku dari Ali bin Al-Madini. Abu Isa berkata: "Para ahli ilmu berbeza pendapat tentang dua kali sujud sahwi ketika seseorang bersujudnya apakah sebelum atau sesudah salam dan ini pendapat Sufyan Ats Tsauri dan penduduk Kuffah dan sebahagian mereka berkata: "Bersujudnya sebelum salam". Dan ini pendapat kebanyakkan orang-orang faqih dari penduduk Madinah seperti Yahya bin Said, Rabiah dan lain-lainnya dan ini adalah pendapat Asy Syafii. Sebahagian mereka berkata: "Apabila sujud tersebut kerana tambahan dalam melakukan solat maka ia dilaksanakan setelah salam dan apabila ia kerana kekurangan maka dilaksanakan sebelum salam." Dan ini pendapat Malik bin Anas. Ahmad berkata: "Hadis yang diriwayatkan dari Rasulullah saw tentang sujud sahwi masing-masing hadis menurut arahnya, dia berpendapat apabila seseorang berdiri setelah dua rakaat berdasarkan hadis Ibnu Buhainah maka dia bersujud dua kali sujud sahwi sebelum salam dan apabila melakukan solat zuhur lima rakaat maka dia bersujudnya setelah salam (berdasarkan hadis Abdullah Mas'ud) dan apabila mengucapkan salam setelah dua rakaat dari solat Zohor dan solat Asar maka ia bersujudnya setelah salam (berdasarkan hadis Dzilyadain). Masing-masing hadis dipakai menurut arahnya dan setiap kelupaan yang tidak ada keterangan dari Rasulullah saw maka dua sujud sahwi dilaksanakan setelah salam. Ishaq berkata seperti pendapat Ahmad di dalam hal ini semuanya kecuali dia berkata: "Setiap kelupaan tidak ada keterangan dari Rasulullah saw kalau kelupaan itu tambahan dalam solat maka bersujud dua kali sujud sahwi sesudah salam dan kalau kelupaan itu kekurangan maka bersujudnya sebelum salam."

169  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0240.
Dari Barrak bin 'Azib r.a., katanya: "Rasulullah saw. solat menghadap ke Baitul Muqqadis, enam atau tujuh belas bulan lamanya. Sedang beliau ingin solat menghadap ke Kaabah. Maka turunlah ayat: Sesungguhnya Kami tahu engkau menghadapkan mukamu ke langit berulang-ulang, maka setelah itu Nabi saw. solat menghadap ke Kaabah. Tetapi orang-orang bodoh, antara lain orang-orang Yahudi, berkata, "Apakah sebabnya mereka berpaling dari kiblat mereka semula?" Katakan hai Muhammad! "Kepunyaan Allah Timur dan Barat. DitunjukiNya kepada jalan yang lurus siapa-siapa yang dikehendakiNya. " Seseorang laki-laki solat bersama Nabi saw: waktu terjadinya perubahan kiblat itu. Setelah selesai solat dia pergi. Dia melalui sekelompok orang Ansar sedang solat Asar, masih menghadap ke Baitul Muqqadis. Lalu dikatakannya bahawa tadi dia solat bersama Nabi saw. menghadap ke Kaabah. kerana itu mereka merubah arah kiblat mereka dan menghadap ke Kaabah.

170  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0177.
Qutaibah menceritakan kepada kami,Hammad bin Zaid menceritakan kepada kami dari Tsabit Al Bunani dari Abdullah bin Rabah Al Anshari dari Abu Qatadah berkata :"Mereka [para sahabat] menyebutkan kepada Nabi saw akan ketiduran mereka dalam solat, maka beliau bersabda :" Sesungguhnya di dalam tidur tidak kelengahan kerana kelengahan itu hanyalah di dalam jaga. Apabila salah seorang kamu lupa solat atau tidur maka ia hendaklah mengerjakan solat itu apabila mengingatinya."Di dalam bab ini terdapat hadis dari ibnu Mas'ud, Abu Maryam, Imran bin Hushain, Jubir bin Muth'im, Abu Juhaifah, Abu Sa'id,Amr bin Umayyah Adh Dhamri dan Mikhbar dan ia disebut Dzu Mikhmar, dia adalah anak lelaki saudara lelaki An Najasyi. Abu Isa berkata:"Hadis Qatabah adalah hadis shasih." Ahli ilmu berbeza pendapat mengenai seseorang yang tertidur dalam solat atau ia lupa lalu ia bangun atau ingat, padahal ia diluar waktu solat ketika terbit matahari atau terbenamnya. Maka sebahagian dari mereka:"Ia mengerjakan solat itu apabila ia bangun atau ingat meskipun ketika terbitnya matahari atau terbenamnya.Itu adalah pendapat Ahamd, Ishaq, Asy Syafie dan Malik". Dan sebahagian dari mereka berkata: "Ia tidak mengerjakan solat sehingga matahari itu terbit tau terbenam."